Thursday, 22 March 2012

kari ikan ploktan

assalamualaikum...next entry bila terlebih rajin..
kari ikan ni dah berkurun lama terperap..kesian tak tunjukkan wajahnya.
so, hari ni bila kelapangan waktu memberi ruangnya kepada saya untuk menhapdet blog, maka, sepenuh tenaga dan daya usaha korek mana-mana yang masih menunggu giliran untuk tayangan unggul..

KARI IKAN PLOKTAN


bahan-bahannya :-
1 ekor ikan ploktan, dibersihkan
10 biji bendi
1 cawan santan pekat
2 cawan air biasa
1 biji besar bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 paket rempah kari ikan babas
satu sudu serbuk lada
daun kari
rempah ratus..kulit kayu manis, bunga lawang, buah pala, dan cengkih

cara-caranya :-
bawang merah, bawang putih, halia, rempah kari, serbuk lada dan sedikit air diblend sehingga lumat.
- masukkan bahan-bahan rempah bersama daun kari ke dalam periuk yang berisi sedikit minyak..kemudian tumiskan bahan-bahan blend tadi dan tumis sehingga pecah minyak...masukkan sedikit air dan bila dah menggelegak masukkan ikan dan bendi tadi bersama santan pekat dan air...biarkan mereneh, dan selalu kacau agar santan tidak berketul dan biarkan sehingga ikan betul-betul masak dan kuah sedikit pekat..perasakan dengan garam..sedia dihidangkan.

mihun tomyam

as salam...tengahari tadi, anakdara cinonet sorang ni request nak makan mihun tomyam, sama macam dia makan kat sekolah pagi tadi...so, ibu ni pun buatkanlah...tapi tk pedas la kan, sebab budak-budak yang nak makan..sekejap je buat dia, setengah jam je dah siap...tak perlu nak beria lorek karot gitu gitu, just potong2 aje...



BAHAN-BAHANNYA :-
1/2 kampit mihun (direndam dan dicelur sehingga lembut)
2 dada ayam
sebiji karot (potong memanjnag)
5 biji putik jagung (potong memanjang)
sedikit brokoli
sebiji tomato
1 ulas bawang bombay (dipotong melintang sederhana besar)
2 batang serai
2 paket rempah tomyam adabi
3 helai daun limau purut
garam secukup rasa
air secukupnya

CARA-CARANYA :-


- tumis bawang, serai dan daun limau purut ke dalam periuk yang berisi sedikit minyak, bila bawang hampir layu masukkan pes tomyam dan kacau sehingga sedikit garing..masukkan ayam dan sedikit air, biar sedikit empuk, kemudian masukkan karot, putik jagung dan tambah air secukupnya...
- bila dah agak menggelegak masukkan brokoli dan tomato..perasakan dengan garam dan bolehlah dihidangkan..

sambal jering cambah goreng belacan

as salam....nak kongsi resepi turun temurun dari keluarga en. suami...sesiapa yang tak pernah rasa, pasti terangkat bulu hidung bila dapat rasa..hehehe...memang maveles....anak-anak saya yang ecik-kecik ni pun bertambah nasi bila ada sambal macam ni....

kali ni saya nak kongsi perihal resepi jering cambah...tak tahu apa jering cambah tu....gini, jering tu dah agak tua la kan, dan dibiarkan lama-lama dan dia akan keluar ekor macam taugeh tu....haa...dah tau dah pun ye...kalau orang-orang kampung biasanya diorang akan tanam dalam pasir..lepas 2 - 3 hari atau seminggu lebih kurang gitu, diorang akan kutip semula...masa ni bukan main panjang lagi ekornya dik nun....

simple aje resepi nak buatnya..kita boleh gantikannya bahan asas jering tu kepada petai ke, terung pipit ke, terung asam ke, belimbing buluh ke....mengikut selera masing-masing...yang pasti sekali cuba pasti kecur air liur untuk cuba kesekian kalinya...tak percaya?????....lantak korang la...yang pasti, korang kena cuba dulu...

shedappppp.....

bagi yang tak gemar jering boleh letak kerdas ke, petai ke dll
BAHAN-BAHANNYA :-


5 keping jering cambah (di buang kulit keras dan ekor, dan dipotong sederhana nipis)
15 biji cili api kampung (kalau tk suka pedas kurangkan)
1 biji labu besar bawang merah
20 ekor ikan bilis (dibuang tulang dan isi perut)...tinggal isi aje ye..hihihi
1/2 inci belacan
sedikit garam
sedikit Cukup Rasa
satu mangkuk kecil air asam jawa.
sedikit minyak untuk menggoreng (agaak2 dalam tenggelam kan bahan2 td)

CARA-CARANYA :-


- tumbuk cili api bersama sedikit garam sehingga lumat
- kemudian masukkan ikan bilis, tumbuk lagi sehingga hampir lumat bilis tu
- kemudian masukkan bawang dan belacan, tumbuk lagi..jangan sampai lumat sangat, nanti tkde ummpph..
- panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi sampai sedikit garing..kemudian masukkan jering yang sudah dipotong tadi dan biarkan seketika..kemudian masukkan air asam jawa tadi sehingga paras bersama sedikit Cukup Rasa...biarkan mereneh sehingga jering empuk dan kuah sedikit pekat dan rasa dan tambah apa yang tak cukup....ada rasa pedas-pedas sikit, masam-masam sikit dan masin-masin sikit dah cukuplah tu....

makan pulak dengan nasi panas, memang terangkat u...selamat mencuba.

Wednesday, 21 March 2012

maggi bandung special

as salam...wah wah wah..!!!!!!
maggi bandung special....apa yang special..biasanya kan kita biasa makan mee bandung special...jarang-jarang sangat orang buat maggi bandung special...ala, apa salahnya kalau kita mencuba...ada orang kata makan maggi ni tak sihat...sebenarnya memang tak sihat, itu pun kalau kita makan begitu shaja tanpa ditambah apa-apa sayuran...tapi kalau kita dah campur dengan sayur-sayuran, telur dan sotong atau udang, maka ia akan jadi satu makanan yang sihat, sebab semua khasiat ada di dalamnya...betul tak..tapi janganlah amalkan selalu, sekali sekala bolehlah kan....

jom kita tengok resepi khas saya untuk anda semua...amat mnudah dan ringkas dan semestinya lazat.

divariasikan dengan sayur-sayuran dan pelbagai jenis seafood.


sangat sedap dan lazat

MAGGI BANDUNG SPECIAL

3 paket maggi (perisa ayam) (apa-apa jenis maggi yang ada dipasaran)
air 1 jag atau secukupnya
sayur sawi manis
sotong
kerang
dan 2 biji telur
sedikit Cukup Rasa
sedikit kicap masin
sos tomato dan sos cili

CARA-CARANYA :-
- masukkan air, renehkan...bila dan reneh masukkan 3 paket maggi beserta perisnya (perisa ayam)
- bila maggi hampir kembang, masukkan sotong/ udang / kerang ke dalam periuk dan masukkan juga sayur-sayuran kegemaran, dan Cukup rasa, kicap masin dan sos cili dan sos tomato ikut sukatan digemari...saya letak banyak2 tanpa ada sukatan...last sekali pecahkan 2 biji telur ke dalam dan biarkan seketika sehingga telur menjadi separuh masak tanpa perlu dikacau...
- siap dan boleh dihidangkan...

ROTI PIZZA

As salam...nak berkongsi resepi yang budak-budak sangat suka...bukan setakat budak-budak, mak-mak budak pun suka...:))...resepi ni saya dapatkan dari daput chef mat gebu..kalau nak dapatkan resepi asal boleh klik di sini....bagi sesiapa yang tak pernah buat pun, mesti menjadi resepi ni...

doh yang dah naik dan sedia untuk ditambah mix vege, mayonis dan sos

dah siap di bakar

doh yang sangat lembut...tk perlu beli dah...:)

so, izinkan saya kongsi resepi ni ye en Mat Gebu...moga perkongsian kita ni dapat memanjangkan ilmu..

SOSEJ BLOSSOM BUN (ROTI PIZZA)


250gm tepung roti (saya guna tepung gandum biasa aje)
50gm gula halus@gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10gm susu tepung (everyday)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softener
30gm telur (pecahkan 1 biji dan timbang)
6grm instant yeast
20gm mentega
125ml air suam
10 batang sosej (celur sekejap dan toskan)
mayonaise
sos cili/tomato
mix vege

DOH :-


- larutkan yis dalam air suam dan biar berbuih.
- satukan semua bahan kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
- tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (lebih kurang 20 minit).
- kemudian bulat-bulatkan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih dengan plastik bersih.
- biarkan 45 minit atau sehingga naik.
- keluarkandoh, tumbuk untuk membuang udara dan bahagikan doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50gm setiap satu).
- ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 sosej dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian.
- kemudian bentukkan dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir di tolak ke tengah-tengah bahagian membentuk sebagai tampuk bunga.
- tekan sedikit biar kelihatan kemas.
- alihkan atas dulang pembakar yang telah di sapu mentega dan jarakkan antara satu sama lain.
- Buat hingga siap dan perap 45 minit
- sapu dengan baki telur tadi (30grm) rata-rata.
- tabur mix vege dan paipkan sos dan mayonis.
- bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit (suhu oven bergantung pada kapasiti oven masing-masing ye)
- bila masak sejukkan atas jaringan sebelum di hidangkan..

jalan-jalan cari makan 2

as salam...setelah berbulan-bulan menyepikan diri dari dunia blogging, hari ni termaktub sudah untuk saya mencoret serba sedikit santapan bicara untuk perkongsian bersama...

tak tahu nak cerita apa, so apakata kita berkongsi tempat menarik untuk kita cuba..jalan-jalan cari makan..nun, tempatnya berada jauh di taiping perak...kalau sesiapa yang penah pergi ke sana, pasti tahu apa makanan special buat orang-orang taiping...dan sebenarnya makanan ni hanya dapat dimakan pada waktu malam hari sahaja..

erm....apa ye.....jom kita layan gambar-gambar ni dulu,....

yong tau fu

sangat sedap dan takkan jumpa sesedap ni kat mana-mana pasar malam
so, anda sekalian pasti pernah makan yong tau fu ni kan...tapi, saya rekomen untuk anda semua pergi ke taiping, lokasi nya di belakang balai bomba taiping...selamat menjamu selera...