Assalamualaikum pembuka bicara...
maka dengan ini saya ingin menunaikan janji untuk berkongsi resepi pau, resepi dari mak saya..
Dari resepi ni kita boleh pelbagaikan untuk buat pau goreng ke, donut ke, pak kocok (cakoi) ke, untuk buat base pizza juga boleh...macam-macam kita boleh buat, ikut kreativiti masing-masing....
Tapi sebelum tu jom kita tengok apa yang saya dah buat pagi ni untuk sarapan..saya buat sikit je, dapatlah en suami bawak bekal ke ofis dan anak-anak bawak bekal pergi sekolah..
-dari adunan pau tu, saya buatkan pau kukus dan juga kuih cakoi...alhamdulillah.
RESEPI PAU
Bahan-bahannya :-
1 kilo tepung gandum
4 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
secubit garam
2 sudu besar susu pekat
sepeket yis segera (11 gm)
2 cawan air
inti : kacang, sekaya, kelapa (ikut suka)
plastik di potong kecil atau daun pisang untuk alas
Cara-caranya:-
- masukkan sepeket yis ke dalam 2 cawan air tadi. Biarkan seketika sehingga yis betul-betul sebati. Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan-bahan yang lain tadi bersama bancuhan yis tadi. Dan digaul sebati menggunakan kekuatan tangan sehingga doh betul-betul lembut.
-kemudian biarkan 10 - 15 minit sehingga adunan naik sekali ganda.
-bila doh dah naik, ambil sedikit dan dibulatkan kmdn leperkan sedikit. masukkan sebarang inti disukai di tengah-tengah dan tutup adunan membentuk bulatan dan letakkan atas daun kelapa atau plastik yang dipotong kecil .
- biarkan seketika sehingga dohberinti tadi naik sekali ganda dan bolehlah dikukus sehingga masak.
TIPS DARI MAK SAYA.
semasa menguli adunan, apabila semua dah sebati, doh tadi hendaklah ditumbuk-tumbuk atau di "hempas" ke dalam mangkuk berulang kali. Proses ini bagi membolehkan doh cepat lembut dan yis tadi mengembang dengan cepat..
selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment