Wednesday 14 November 2012

as salam..setelah lama bersawang, kini kembali dengan satu resepi yang ringkas dan mudah.


sotong goreng petai
Bahan-bahannya :-

10 ekor sotong (di cuci dan dikeratbulat-bulat)
1 ulas bawang besar-dihiris halus
2 ulas bawang putih- dihiris halus
segenggam petai yang telah di belah dua
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
2 sdb sos tiram
sedikit air

cara-caranya :-
sotong digaul bersama garam dan serbuk kunyit. ketepikan
kemudian tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan sedikit keperangan. Kmdn masukkan petai dan tunggu sehingga hampir layu, kmdn masukkan sotong yang telah digaramkan tadi , kacau sekejap. Masukkan air dan sos tiram sekadar berkuah sedikit. Sotong akan masak sekejap sahaja, jangan sampai terlalu kecut. tutupkan api.

Saturday 23 June 2012

tumis tempoyak udang petai

Assalamualaikum..



pagi-pagi nak kongsi menu makanan untuk tengahari punya. Bukan apa, sebab kerajinan melanda. Bukan yang pagi ni punya, entah yang kala bila punya entah tapi memang la selalu masak ni bila teringin. Bagi sesiapa yang nak cuba, silakan lah...

BAHAN-BAHANNYA :-

segenggam cili api..kalau tak makan pedas kurangkan lah
1 inci kunyit hidup
segenggam ikan bilis kopek
1 labu bawang besar
sedikit garam
- bahan-bahan ni perlu ditumbuk halus

satu senduk tempoyak
petai kopek secukupnya
udang kopek kulit
daun kesum
air secukupnya
secukup rasa

Cara :-
1-Tumis bahan-bahan tumbuk tadi sehingga sedikit garing.
2- Kemudian masukkan tempoyak, daun kesum, petai dan airsecdukupnya. Tumissehingga petai sedikit layu dan kuah sedikit pekat. Rasakan dengan secukup rasa.
3- Last sekali masukkan udang. Biarkan seketika, jangan overcooked udang tu.
4- Angkat dan bolehlah dihidangkan.












Wednesday 20 June 2012

rojak pasembor

assalamualaikum...
sedap

makan petang-petang campur abc enak sangat

kalau tak cukup tambah lagi satu pinggan















erm....kat mana saya makan rojak pasembor nih...kalau nak tahu rojak pasembor ni di sepanjang jalan kuching banyak van-van park kat tepi jual benda alah ni.

kebetulan petang semalamada keje sikit pegi ke bandar KL...balik tu lalu la jalan kuching..perut pulak terasa lapar sebab masih belu makan tengahari tu, so, berhentilah tapau dua bungkus rojak pasmebor ni..lokasi yang saya beli ni betul-betul tepi jalan lepas kita turun dari highway DUKE ke kepong tu...tempat tu la pun yang saya selalu singgah makan..tempatlain di sepanjang jalan kuching tu, tk pernah la pulak meninggah. Aapaun kepada sesiapa yang nak cuba, singgah la sana...hilang lapar dan dahaga dengan rojak dan abc..rojak ni RM4 sebungkus...cuba la...

















talapia tumis asam tempoyak

Assalamualaikum wbt...

Hari ni nak berkongsi satu resepi yang diadaptasikan dr menu  blog en Mat Gebu kita...menu baru untuk saya..cuma saya ubah sikit mengikut selera anak tekak saya..
terima kasih en Mat Gebu kerana telah mendatangkan ilham yang luar biasa dalam menyediakan juadah...

stail saya masak...rupa tak cantik, maklum la kamera cokiai aje..yang pasti rasanya wallah, en suami kata sedap..bertambah satu menu baru untuk kami..alhamdulillah..

sedap..masak tumis asam tempoyak
versi tumis, anda kena cuba...memang sedap
mengirup sedap bangat...jgn buat pedas sgt..
BAHAN-BAHANNYA :-
seekor ikan talapia (dikerat 3 bhgn)
1 batang serai (dititik)
3 keping asam gelugor
2 camca besar tempoyak
1 sudu besar secukup rasa
10 biji kacang bendi
1 biji bunga kantan
segenggam daun kesum
garam dan perisa secukup rasa

BAHAN DITUMBUK HALUS :-
10-15 biji cili kampung
1/2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

CARA-CARANYA :-
1. Panaskan sedikit minyak, tumis serai, daun kesum, bunga kantan dan bahan-bahan tumbuk tadi hingga sedikit garing dan naik bau. Masukkan tempoyak dan air secukupnya dan kacau rata.Biar sehingga mendidih.
2. Masukkan asam gelugor, secukup rasa, garam dan perisa. Kemudian masukkan ikan dan kacang bendi. Biar sehingga ikan dan kacang masak. Kemudian boleh dimakan panas-panas dengan nasi panas. Memang terangkat..









KEK KARAMEL COKLAT

Assalamualaikum wbt..

 Kali ni nak kongsi resepi Kek Karamel Coklat...saya godak resepi ni dari blog blogger jugak..ramai yang dah cuba dan buat..bagi sesiapa yang dah mahir tu, resepi ni boleh diolah mengikut kepandaian masing-masing..untuk kali ni saya akan kongsikan resepi yang saya ambil dari blog mylovely family-ana.blogspot.com yang mana resepi asalnya dari Kak Izah...mohon share untuk sahabat-sahabat yang lain pula ye...saya just copy n paste aje...thanks kak..

Ini versi yang saya buat..





BAHAN KARAMEL:STEP 1:2 sudu besar gula pasir di tabur dlm loyang

STEP 2:letak loyang atas dapur gas utk mencairkan gula menjadi karamel dgn menggunakan api perlahan..

Make sure karamel td memenuhi ruang loyang tu tau.. pandai2 korang le senget2kan loyang tu time masak kasi karamel tu tak selonggok kat tgh2 aje.. dah siap ketepikan..

STEP 3:1/2 tin susu cair
70gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanila
3 biji kuning telur
****kalau nk karamelnye tebal,tambahkan susu cair dan kuning telur
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis ~ 3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)

STEP 4:kacau perlahan bhn2 kat atas guna whisker atau garpu dan tapiskan ke dlm loyang gula hangus td

STEP 5:bakar karamel secara steam bake pd suhu 180'c selama 15min ~
****sementara tu,siapkan BHN KEK CHOCOLATE MOISTBHN A :1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA:satukan semua bahan dlm periuk,kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dgn api perlahan sambil dkacau hgga sebati,dah sebati,padamkan api dan rehatkan sekejap

BHN B:3/4cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bhn di atas di ayak

BHN C:4 biji telur - pukul dgn whisk atau blend 

CARA :~ satukan BHN B dan BHN C ke dlm BHN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk

~ tuangkan adunan ke dlm loyang karamel tadi

~ bakar secara steam bake pd suhu 180'c selama sejam atau hgga masak...bergantung kpd oven masing2... 

~ dah masak,biar kek sejuk atau hingga kek meregang baru di terbalikkan kek.. simpan kek dlm peti ais bg menambahkan kelazatan ketika makan.. ewahhh.. hehehe


so, kepada kawan-kawan yang nak mencubanya, silakanlah ye...selamat mencuba.
Lepas ni saya nak cuba buat versi saya sendiri punya setelah pelbagai jenis resepi kek coklat telah saya kumpul dalam simpanan...yang paling best akan saya kongsi kemudia setelah saya buat yang lain ye....

Monday 18 June 2012

SUP KAKI LEMBU

assalamualaikum..
merajinkan diri untuk tepek menu yang sebenarnya lauk malam semalam...setiap hari, untuk sekarang ni, masak-masak hanya diwaktu petang sahaja untuk santapan malamnya..

weekend lepas abah ada buat kenduri doa selamat dan tahlil kat kampung..maka dipotong la seekor lembu untuk tujuan menjamu warga-warga kampung makan..seperti biasa, sebelah kaki lembu mentah disimpan untuk dibahagikan kepada anak-anak dan saudara-mara jauh...maka, untuk bahagian saya, abah beri sedikit daging dan juga kaki lembu yang telah dibakar dan dibuang tapak kaki dan yang telah pun siap direbus.

makanya, bawak la balik ke kl...almaklumlah en suami punya kesukaan kaki lembu ni..so, sebagaimana di request oleh en suami, maka saya pun buatlah sup kaki lembu..

so, untuk resepi sup kaki lembu ni, saya dah penah tepek kat sini dulu...rajin-rajin la cari yek...
alhamdulillah...


Thursday 7 June 2012

PAVLOVA

assalamualaikum...
hari ni nak kongsi resepi yang femes ames zaman dan abad ini...apa lagi kalau bukan PAVLOVA....
kalau nak beli kat kedai agak lah mahal bagi saya..so, apakata kalau kita cuba..dan saya telah mencubanya..
meh saya kongsikan resepinya.

sedap hokeyy
menarik dan tertarik
zoom sikit...ini saiz mini aje
crunchy diluar dan chewy didalamnya
sekali gigit pasti nak gigit lagi...auww
RESEPI PAVLOVA :-

RESEPI PAVLOVA :-
4 biji putih telur (suhu bilik)
1 cawan superfine white sugar
1/2 tsp esen vanila
1/2 tbsp tpg jagung
1 tsp cuka putih

CARA-CARANYA :-
- pukul putih telur sehingga betul-betul kembang dan fluffy.
- kmdn masukkan gula satu sudu per satu sudu, di pukul sehingga gula hancur dan adunan betul-betul kembang.
- kmdn masukkan esen vanila, pukul lagi.
- kmdn masukkan tepung jagung dan cuka, di gaul sebati dengan spatula.
-kmdn bentukkan bulat di atas dulang pembakar yang dilapik dengan baking sheet..(ikut suka kecil ke besar..klu kecil byk la dapat..klu besar boleh buat 2)
- bakar suhu 150C selama 60-70 minit.
- bila dah masak, biarkan sejuk di dalam oven dengan membuka pintu oven

CREAM :-
1 cawan whipping cream (guna jenama RICH GOLD LABEL)
- pukul whipping cream sehingga betul-betul kembang dan gebu.

HIASAN :-
buah-buahan ikut selera (kiwi, strawberry, mangga, dragon fruit, passion fruit etc..)

**letakkan atau lapiskan pavlova dengan cream sebanyak mana yang suka, kmdn tabur buah-buahan kegemaran**
**pavlova boleh disimpan dalam bekas kedap beku dan tahan kerangupannya..bila nak makan baru letak cream**

selamat mencuba rakan-rakan..

Wednesday 30 May 2012

TALAPIA MASAK KICAP

Assalamualaikum wbt...
Selalunya kalau masak kicap ni saya suka masak daging kicap..tapi kali ni nak ubah selera pulak, kita ganti daging dengan ikan talapia...apa-apapun memang sedap..


licin kami anak beranak makan
biarpun hitam tapi hati mesti tertarik
TALAPIA MASAK KICAP

Bahan-bahannya :-
@ ekor ikan talapia saiz sederhana (dicuci bersih dan di lumur dengan garam dan serbuk kunyit)
2 ulas bawang putih * di tumbuk
1 ulas bawang besar* di tumbuk
1 sudu cili boh/cili giling
2-3 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap cair
1 batang kulit kayu manis
2 kelopak bunga lawang
garam secukup rasa
sedikit air


Cara-caranya :-
Goreng ikan terlebih dahulu.
Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama cili boh, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga garing dan naik bau.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan biarkan sedikit pekat dan sebatikan rasa.
Taburkan ke atas ikan..nyum nyum...

Monday 21 May 2012

RESEPI PAU

Assalamualaikum pembuka bicara...
maka dengan ini saya ingin menunaikan janji untuk berkongsi resepi pau, resepi dari mak saya..
Dari resepi ni kita boleh pelbagaikan untuk buat pau goreng ke, donut ke, pak kocok (cakoi) ke, untuk buat  base pizza juga boleh...macam-macam kita boleh buat, ikut kreativiti masing-masing....

Tapi sebelum tu jom kita tengok apa yang saya dah buat pagi ni untuk sarapan..saya buat sikit je, dapatlah en suami bawak bekal ke ofis dan anak-anak bawak bekal pergi sekolah..




-dari adunan pau tu, saya buatkan pau kukus dan juga kuih cakoi...alhamdulillah.

RESEPI PAU

Bahan-bahannya :-
1 kilo tepung gandum
4 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
secubit garam
2 sudu besar susu pekat
sepeket yis segera (11 gm)
2 cawan air

inti : kacang, sekaya, kelapa (ikut suka)

plastik di potong kecil atau daun pisang untuk alas

Cara-caranya:-
- masukkan sepeket yis ke dalam 2 cawan air tadi. Biarkan seketika sehingga yis betul-betul sebati. Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan-bahan yang lain tadi bersama bancuhan yis tadi. Dan digaul sebati menggunakan kekuatan tangan sehingga doh betul-betul lembut.

-kemudian biarkan 10 - 15 minit sehingga adunan naik sekali ganda.

-bila doh dah naik, ambil sedikit dan dibulatkan kmdn leperkan sedikit. masukkan sebarang inti disukai di tengah-tengah dan tutup adunan membentuk bulatan dan letakkan atas daun kelapa atau plastik yang dipotong kecil .

- biarkan seketika sehingga dohberinti tadi naik sekali ganda dan bolehlah dikukus sehingga masak.

TIPS DARI MAK SAYA.
semasa menguli adunan, apabila semua dah sebati, doh tadi hendaklah ditumbuk-tumbuk atau di "hempas" ke dalam mangkuk berulang kali. Proses ini bagi membolehkan doh cepat lembut dan yis tadi mengembang dengan cepat..

selamat mencuba.











Friday 18 May 2012

PAU

As salam..nak berkongsi satu resepi yang mudah dan senang...resepi dari mak saya. Sebenarnya sesiapa sahaja boleh buat, tak susah pun, tp mesti kena kena tekniknya, kalau tak KERAS la jadinya...bukan apa, sebab sebelum ni saya banyak mencuba resepi-resepi yang diambil dari blog yang lain, tapi bila buat tak jadi dengan sempurna..keras...resepi apa ye....PAU.

Hah...PAU...senang je buatnya...selepas menuntut teknik yang betul dari mak saya, baru sempurna kejadiannya...gebu dan lembut je....

sangat gebus gebas...pau kukus (gambar setelah menuntut)

pau kukus dan pau goreng (gambar sebelum menuntut) khoras...hahaha

berbeza kan gambar sebelum dan selepas menuntut

hehe

haha
Situasi di atas merupakan perbezaan antara pau setelah menuntut dengan my mom dan sebelum menuntut dengan my mom...memang banyak beza...selain keras (mungkin tak reti lagi kot masa tu), tapi resepi yang diceduk lebih banyak bahan2 sampingan...resepi my mom sangat ringkas, tai hasilnya maveles...

so, anda semua nak tahu apa rahsia resepi dan teknik yang perlu dan mesti saya kongsi kan...harap2 anda semua dapat bersabar ye..next entry saya kongsikan ye...ruang waktu terbatas nak ngomel panjang2....jumpa lagi dan Ilalliqo'...

Thursday 22 March 2012

kari ikan ploktan

assalamualaikum...next entry bila terlebih rajin..
kari ikan ni dah berkurun lama terperap..kesian tak tunjukkan wajahnya.
so, hari ni bila kelapangan waktu memberi ruangnya kepada saya untuk menhapdet blog, maka, sepenuh tenaga dan daya usaha korek mana-mana yang masih menunggu giliran untuk tayangan unggul..

KARI IKAN PLOKTAN


bahan-bahannya :-
1 ekor ikan ploktan, dibersihkan
10 biji bendi
1 cawan santan pekat
2 cawan air biasa
1 biji besar bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 paket rempah kari ikan babas
satu sudu serbuk lada
daun kari
rempah ratus..kulit kayu manis, bunga lawang, buah pala, dan cengkih

cara-caranya :-
bawang merah, bawang putih, halia, rempah kari, serbuk lada dan sedikit air diblend sehingga lumat.
- masukkan bahan-bahan rempah bersama daun kari ke dalam periuk yang berisi sedikit minyak..kemudian tumiskan bahan-bahan blend tadi dan tumis sehingga pecah minyak...masukkan sedikit air dan bila dah menggelegak masukkan ikan dan bendi tadi bersama santan pekat dan air...biarkan mereneh, dan selalu kacau agar santan tidak berketul dan biarkan sehingga ikan betul-betul masak dan kuah sedikit pekat..perasakan dengan garam..sedia dihidangkan.

mihun tomyam

as salam...tengahari tadi, anakdara cinonet sorang ni request nak makan mihun tomyam, sama macam dia makan kat sekolah pagi tadi...so, ibu ni pun buatkanlah...tapi tk pedas la kan, sebab budak-budak yang nak makan..sekejap je buat dia, setengah jam je dah siap...tak perlu nak beria lorek karot gitu gitu, just potong2 aje...



BAHAN-BAHANNYA :-
1/2 kampit mihun (direndam dan dicelur sehingga lembut)
2 dada ayam
sebiji karot (potong memanjnag)
5 biji putik jagung (potong memanjang)
sedikit brokoli
sebiji tomato
1 ulas bawang bombay (dipotong melintang sederhana besar)
2 batang serai
2 paket rempah tomyam adabi
3 helai daun limau purut
garam secukup rasa
air secukupnya

CARA-CARANYA :-


- tumis bawang, serai dan daun limau purut ke dalam periuk yang berisi sedikit minyak, bila bawang hampir layu masukkan pes tomyam dan kacau sehingga sedikit garing..masukkan ayam dan sedikit air, biar sedikit empuk, kemudian masukkan karot, putik jagung dan tambah air secukupnya...
- bila dah agak menggelegak masukkan brokoli dan tomato..perasakan dengan garam dan bolehlah dihidangkan..

sambal jering cambah goreng belacan

as salam....nak kongsi resepi turun temurun dari keluarga en. suami...sesiapa yang tak pernah rasa, pasti terangkat bulu hidung bila dapat rasa..hehehe...memang maveles....anak-anak saya yang ecik-kecik ni pun bertambah nasi bila ada sambal macam ni....

kali ni saya nak kongsi perihal resepi jering cambah...tak tahu apa jering cambah tu....gini, jering tu dah agak tua la kan, dan dibiarkan lama-lama dan dia akan keluar ekor macam taugeh tu....haa...dah tau dah pun ye...kalau orang-orang kampung biasanya diorang akan tanam dalam pasir..lepas 2 - 3 hari atau seminggu lebih kurang gitu, diorang akan kutip semula...masa ni bukan main panjang lagi ekornya dik nun....

simple aje resepi nak buatnya..kita boleh gantikannya bahan asas jering tu kepada petai ke, terung pipit ke, terung asam ke, belimbing buluh ke....mengikut selera masing-masing...yang pasti sekali cuba pasti kecur air liur untuk cuba kesekian kalinya...tak percaya?????....lantak korang la...yang pasti, korang kena cuba dulu...

shedappppp.....

bagi yang tak gemar jering boleh letak kerdas ke, petai ke dll
BAHAN-BAHANNYA :-


5 keping jering cambah (di buang kulit keras dan ekor, dan dipotong sederhana nipis)
15 biji cili api kampung (kalau tk suka pedas kurangkan)
1 biji labu besar bawang merah
20 ekor ikan bilis (dibuang tulang dan isi perut)...tinggal isi aje ye..hihihi
1/2 inci belacan
sedikit garam
sedikit Cukup Rasa
satu mangkuk kecil air asam jawa.
sedikit minyak untuk menggoreng (agaak2 dalam tenggelam kan bahan2 td)

CARA-CARANYA :-


- tumbuk cili api bersama sedikit garam sehingga lumat
- kemudian masukkan ikan bilis, tumbuk lagi sehingga hampir lumat bilis tu
- kemudian masukkan bawang dan belacan, tumbuk lagi..jangan sampai lumat sangat, nanti tkde ummpph..
- panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi sampai sedikit garing..kemudian masukkan jering yang sudah dipotong tadi dan biarkan seketika..kemudian masukkan air asam jawa tadi sehingga paras bersama sedikit Cukup Rasa...biarkan mereneh sehingga jering empuk dan kuah sedikit pekat dan rasa dan tambah apa yang tak cukup....ada rasa pedas-pedas sikit, masam-masam sikit dan masin-masin sikit dah cukuplah tu....

makan pulak dengan nasi panas, memang terangkat u...selamat mencuba.

Wednesday 21 March 2012

maggi bandung special

as salam...wah wah wah..!!!!!!
maggi bandung special....apa yang special..biasanya kan kita biasa makan mee bandung special...jarang-jarang sangat orang buat maggi bandung special...ala, apa salahnya kalau kita mencuba...ada orang kata makan maggi ni tak sihat...sebenarnya memang tak sihat, itu pun kalau kita makan begitu shaja tanpa ditambah apa-apa sayuran...tapi kalau kita dah campur dengan sayur-sayuran, telur dan sotong atau udang, maka ia akan jadi satu makanan yang sihat, sebab semua khasiat ada di dalamnya...betul tak..tapi janganlah amalkan selalu, sekali sekala bolehlah kan....

jom kita tengok resepi khas saya untuk anda semua...amat mnudah dan ringkas dan semestinya lazat.

divariasikan dengan sayur-sayuran dan pelbagai jenis seafood.


sangat sedap dan lazat

MAGGI BANDUNG SPECIAL

3 paket maggi (perisa ayam) (apa-apa jenis maggi yang ada dipasaran)
air 1 jag atau secukupnya
sayur sawi manis
sotong
kerang
dan 2 biji telur
sedikit Cukup Rasa
sedikit kicap masin
sos tomato dan sos cili

CARA-CARANYA :-
- masukkan air, renehkan...bila dan reneh masukkan 3 paket maggi beserta perisnya (perisa ayam)
- bila maggi hampir kembang, masukkan sotong/ udang / kerang ke dalam periuk dan masukkan juga sayur-sayuran kegemaran, dan Cukup rasa, kicap masin dan sos cili dan sos tomato ikut sukatan digemari...saya letak banyak2 tanpa ada sukatan...last sekali pecahkan 2 biji telur ke dalam dan biarkan seketika sehingga telur menjadi separuh masak tanpa perlu dikacau...
- siap dan boleh dihidangkan...

ROTI PIZZA

As salam...nak berkongsi resepi yang budak-budak sangat suka...bukan setakat budak-budak, mak-mak budak pun suka...:))...resepi ni saya dapatkan dari daput chef mat gebu..kalau nak dapatkan resepi asal boleh klik di sini....bagi sesiapa yang tak pernah buat pun, mesti menjadi resepi ni...

doh yang dah naik dan sedia untuk ditambah mix vege, mayonis dan sos

dah siap di bakar

doh yang sangat lembut...tk perlu beli dah...:)

so, izinkan saya kongsi resepi ni ye en Mat Gebu...moga perkongsian kita ni dapat memanjangkan ilmu..

SOSEJ BLOSSOM BUN (ROTI PIZZA)


250gm tepung roti (saya guna tepung gandum biasa aje)
50gm gula halus@gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10gm susu tepung (everyday)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softener
30gm telur (pecahkan 1 biji dan timbang)
6grm instant yeast
20gm mentega
125ml air suam
10 batang sosej (celur sekejap dan toskan)
mayonaise
sos cili/tomato
mix vege

DOH :-


- larutkan yis dalam air suam dan biar berbuih.
- satukan semua bahan kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
- tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (lebih kurang 20 minit).
- kemudian bulat-bulatkan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih dengan plastik bersih.
- biarkan 45 minit atau sehingga naik.
- keluarkandoh, tumbuk untuk membuang udara dan bahagikan doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50gm setiap satu).
- ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 sosej dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian.
- kemudian bentukkan dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir di tolak ke tengah-tengah bahagian membentuk sebagai tampuk bunga.
- tekan sedikit biar kelihatan kemas.
- alihkan atas dulang pembakar yang telah di sapu mentega dan jarakkan antara satu sama lain.
- Buat hingga siap dan perap 45 minit
- sapu dengan baki telur tadi (30grm) rata-rata.
- tabur mix vege dan paipkan sos dan mayonis.
- bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit (suhu oven bergantung pada kapasiti oven masing-masing ye)
- bila masak sejukkan atas jaringan sebelum di hidangkan..

jalan-jalan cari makan 2

as salam...setelah berbulan-bulan menyepikan diri dari dunia blogging, hari ni termaktub sudah untuk saya mencoret serba sedikit santapan bicara untuk perkongsian bersama...

tak tahu nak cerita apa, so apakata kita berkongsi tempat menarik untuk kita cuba..jalan-jalan cari makan..nun, tempatnya berada jauh di taiping perak...kalau sesiapa yang penah pergi ke sana, pasti tahu apa makanan special buat orang-orang taiping...dan sebenarnya makanan ni hanya dapat dimakan pada waktu malam hari sahaja..

erm....apa ye.....jom kita layan gambar-gambar ni dulu,....

yong tau fu

sangat sedap dan takkan jumpa sesedap ni kat mana-mana pasar malam
so, anda sekalian pasti pernah makan yong tau fu ni kan...tapi, saya rekomen untuk anda semua pergi ke taiping, lokasi nya di belakang balai bomba taiping...selamat menjamu selera...

Wednesday 18 January 2012

sup kaki lembu

sup kaki lembu

urat-urat di kaki lembu 

BAHAN-BAHAN :-

satu mangkuk isi kaki lembu yang telah di bakar dan direbus
1 labu bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih yang dihiris
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
sup bunjut
1 peket rempah sup
1 peket rempah kurma
air
garam dan perisa
daun sup dan daun bawang
kentang

CARA-CARA :-
- didalam periuk yng diletakkan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, rempah ratus dan sup bunjut sehingga naik bau..kemudian masukkan rempah sup dan rempah kurma, tumis sehingga sedikit
garing..masukkan air kemudian masukkan kentang dan tunggu separuh empuk..kemudian masukkan isi kaki lembu dan paraskan air, masukkan garam dan perisa secukupnya...biarkan seketika atau biar isi kaki lembu empuk dan masak..boleh la dihidangkan.



masak lemak siput sungai

as salam...masak lemak siput sungai...apa bezanya dengan siput sedut yang biasa kita beli kat kedai tu..? Memang lain, dari segi corak dia, dan dari segi rasa of course la kan, nama pun sungai dan laut..yang siput sedut laut tu penuh dengan lumpur, tp yang siput sedut sungai nu dia takde lumpur...

Ini hasil masakan saya dimana siput ni saya dan en suami cari dan kutip sendiri di sungai...mmm, banyak gak la dapat,,,

masak lemak cili api



kalau nak tau apa perbezaan siput sedut atau laut, tengok pada cengkerangnya..
ini siput sedut sungai tau..
BAHAN-BAHANNYA :-

siput sedut dibersihkan
2 inci kunyit hidup
10-15 biji cili api
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
santan
serai
garam
perasa

CARA_CARANYA :-
- kunyit hidup, cili api, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dikisar halus...masukkan bahan kisar tadi kedalam periuk yang berisi santan, masukkan serai yang dititik...masukkan garam dan perasa..apabila kuah dah menggelegak, masukkan siput dan biarkan seketika sehingga masak...kalau nak sedap boleh dimasukkan keladi atau pun pucuk paku..

Sunday 15 January 2012

tkde rezeki

as salam...hati ni rasa tak sabar sangat nak berjumpa dan berguru dengan kak Zalin Zalina, tapi apakan daya pada hari sabtu malam ahad tu dapat sms dari kak ZZ mengatakan kelas tak dapat diadakan...tak pasti plak apa sebabnya, tapi rasanya mungkin kak ZZ penat sebab pada hari sabtu tu pun seharian kak ZZ mengajar orang buat kuih kan...tkpelah, mungkin belum ada rezeki lagi nak menuntut ilmu dengan kak ZZ...so, tanpa di rancang, pada malam tu juga kami sekeluarga membuat plan yang tanpa diduga dengan terus mempacking sehelai dua baju dan terus bergerak ke taiping...untuk apa ye ke sana malam-malam hari....erm, gara-gara saya teringat kan YONG TAU FU BOMBA kat taiping tu la.....set dr kl pkl 8.30mlm dan sampai di Taiping pkl 11.00 malam..so, sempat lagi la nak makan Yong Tau Fu malam tu...punyalah en suami speed...memang selalu kami buat perancangan giler semata-mata nak penuhkan isi perut..

apa istimewanya Yong tau Fu kat sana....kalau nak tau kena g sendiri....memang rasanya tak sama dengan yang kita beli di pasar malam kat kl ni...

kali ni tak sempat nak snap gambar...sampai-sampai je terus ngap..alhamdulillah...lain kali pegi lagi...

Saturday 14 January 2012

singgang ikan kembong

as salam....tghari ni tak tahu nak masak apa untuk anak-anak...masak nasi dalam pukul 12 tghari, tapi stok lauk basah kat dalam peti ais satu pun tadak...tinggal telur aje...

erm...pikior nak masak pe ni...semalam blokwalking ke blog mat gebu, ternampak la singgang ikan yang ditepeknya..so, terinspired la plak nak cuba..maklumla, dah lama tak buat...nama je anak terengganu, tapi sejak kahwin ngan orang pahang ni dah tak buat dah...en suami tk gemar.

tapi hari ni, terajin plak nak buat..tapi cara yang biasa saya buat dulu2 la...resepi ma juga..cuma tambah2 sikit apa2 yang berwarna warni untuk menambah seri masakan..

bila dah lama tak makan masakan ni, anak-anak kata sedap la ibu

resepi yang sangat ringkas...campak je semua dan tunggu masak

jom kita semak resepi dari saya.


Bahan-bahannya :-


3 ekor ikan kembong sederhana besar (cuci bersih)
2 inci kunyit hidup dihiris nipis
2 inci lengkuas dihiris nipis
5 ulas bawang putih dibelah 2
1 keping asam keping
sayur bendi
tomato
cili api (takyah buang tangkai)
garam dan ajinomoto secukupnya
air secukupnya sekadar tenggelam semua bahan


CARA-CARANYA :-
- masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk dan tunggu mendidih dan boleh la di angkat..


senang je kan, dan sangat sedap kalau dimakan dengan budu...tapi hari ni saya makan bersama tempe goreng dicicah dengan sambal kicap....alhamdulillah

Friday 13 January 2012

terung sambal



as salam....untuk kesekian kalinya...resepi yang ringkas dan mudah...time tak rajin nak masak beria-ia tu, inilah menu yang selalu saya sediakan.

jom kita intai-intai resepi khas untuk anda semua..


simple but nice...shedappp..


kalau nak sihat just celur aje terung tu...saya goreng dulu
Bahan-bahannya :-


3 biji terung panjang (dibelah 2 dan kerat 2)
3 biji cili besar hijau
3 biji cili besar merah
10 ulas cili api (kalau tk suka pedas tk letak pun takpe)
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai (diketuk)
1 sudu cukup rasa
1 sudu kicap cair

CARA MEMBUATNYA :-
- terung di lumur sedikir garam dan serbuk kunyit..digoreng sebentar dalam sedikit minyak utk melayukannya...kalau tak suka goreng, just celur sahaja, tkyah la letak garam kunyit tu.
- kemudian blend tanpa air cili hijau, cili merah, cili api, bawang besar dan bawang putih...kisar sedikit kasar, jangan halus sangat.
- kemudian dalam kuali yang berisi sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan yang diblend tadi, campakkan serai dan bubuh cukup rasa dn kicap cair..tumis sehingga sedikit garing dan naik bau.
- last sekali tuangkan tumisan tadi ke atas terung..dah siap

senang je kan....tapi rasanya cukup enak...tk perlu dah letak garam dan aji, sebab cukup rasa tu dah cukup segala, tambah plak kicap cair yang dah masin tu...so, selamat mencuba.

kuih ketayap


as salam...sambil membasuh baju yang setimbun tu, curi-curi masa untuk menghapdet blog yang sangat ku suka ini...hehehe...walaupun masih tiada sesiapa yang sudi menjengah kan....nak penuhkan wall dengan resepi-resepi dulu kesahnya...

so, tak mau panjangkan masa dengan celoteh yang ntah apa-apa, saya nak kongsikan dengan anda semua resepi kuih ketayap...anak-anak saya suka sangat dengan kuih ni, cuma ibunya rajin ngan tidak je nak buat...:)

sememangnya sejak zaman anak dara lagi dah pandai buat kuih ni..ma yang ajar, cuma sukatan tu main letak aje...tapi kali ni saya nak kongsikan dengan anda semua resepi dr Kak Zalin Zalina...erm, cakap tentang Kak Zalin Zalina ni, pagi esok saya akan berguru dengannya belajar buat kuih secara rasmi..hehehe...sebelum ni banyak follow dari blog beliau je...tak sabar nak jumpa cikgu yang cun melecun tu...kalau sesape yang sudi jengah blog Kak ZZ sila lah berkunjung disini....banyak perkongsian ilmu kita dapat, sumber inspirasiku...

Ni la dia, rupa kuih ketayap yang saya buat untuk anak-anak makan..

saya suka buat dia garing kehitaman sikit..kalau nak buat jual tak cantik la ada itam-itam ni


saya suka letak susu segar ganti santan...kurangkan lemak la katakan....jaga kesihatan.
ok, jom kita telek-telek resepi dr Kak ZZ..mohon izin share ye..moga ilmu ini berpanjangan...

BAHAN-BAHAN :-

1 kg tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan (ikut suka) -saya pakai susu segar
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak masak (ikut resepi ma saya, tak penah letak pun'''lepas ni nak cuba letak plak)
perasa pandan (blend daun pandan lagi sedap)
kaler hijau
air secukupnya..

CARA MEMBUATNYA :-

- masukkan tepung, telur, santan dalam bekas
- masukkan air, sedikit demi sedikit
- kacau dengan whisk
- masukkan minyak
- masukkan perasa pandan & kaler hijau. Blend sampai halus.

* kalau tiba-tiba adunan tercair, korang amik sikit adunan masuk dalam blender, pastu korang letak sikit tepung, blend sekejap..tuang kat dalam adunan tadi, kacau dengan whisk.

* kalau terpekat, tambah air je la....

INTI KELAPA (resepi sendiri)

1 biji kelapa sedang mudanya (diparut)
2-3 keping nisan kerek (boleh ganti dengan gula melaka atau gula merah)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air

CARANYA :-
masukkan air dalam periuk, masukkan nisan kerek dan gula pasir, biar mendidih dah sedikit pekat..kemudian masukkan kelapa parut..dikacau sebati dan biarkan kering sedikit.


so, selamat mencuba ya...

Thursday 12 January 2012

jalan-jalan cari makan

as salam...kali ni nak share makanan-makanan yang saya makan dan rasanya sgt sedap..kiranya, berkongsi lokasi la sekiranya anda semua penah sampai ke destinasi pilihan saya.


pertamanya, nak perkenalkan MEEHUN KICAP...ini adalah makanan org cina..sedap tau, walaupun simple je bahan2 yang ada dlm meehun kicap ni, yang pastinya...walla...tak cukup sepinggan uols...lokasinya di hentian RnR tapah menghala ke ipoh..gerai no 6 namanya SIZZLING WOK....sebelum ni saya penah makan meehun goreng stail chineese cook kat situ, kononnya hari tu nak mkn la lagi...sampai kat sana dlm pukul 10 pagi, menu pagi tu cuma disediakan meehun kicap je...so, mkn la dan tak sangka sedap sgt...nak tgk bagaimana rupanya meehun kicap ni...jom kita sama2 tgk.....


mihun kicap yang simple tapi amatlah sedap...chinese cook..cuma ada mihun dan taugeh je...pastu sup fish ball, fish cake dan kepingan telur dadar dalam sup tu...yang buat lagi sedap tu sebab ada sambal kicap...




mihun tu dia celur dulu, pastu di siram dgn kuah kicap pekat..
yang penting, meehun dia tak putus tau...mmg sedap.  so, bagi sesiapa yang selalu pegi ke utara tu, singgah2 la gerai no 6 ni...mmg la pemiliknya cina, tapi ada certificate halal..dan jgn tak tahu, punyala ramai orang beratur nak makan kat stall dia ni...berbilang bangsa dan agama...erm, dan lagi satu, makanan ni di serve panas-panas...itu la kelebihannya...tapi, kalau nak mkn lain makanan kat stall ni, kena la g tghari sikit...bermacam2 menu boleh dipilih...nasi ayam pun sodap...


ok kawan2...jgn lupa rasa ye...